Saturday, December 31, 2011

Edisi Awal 2012

Pernah tonton sebuah drama bersiri 'Early Edition'? Ia mengenai seorang lelaki yang mendapat berita sehari lebih awal. Kenal Nostradamus? Kalau tak tahu sila cari siapakah lelaki ini menggunakan ejen carian kegemaran anda.

Saya bukan pelakon 'Early Edition', tidak juga bersaudara dan memiliki kepandaian Nostradamus. Tetapi saya sudah boleh menjangka saya akan sibuk tahun hadapan. Mari lihat contengan planner saya. (Saya pengguna planner tegar sejak 2003)

Januari

Februari

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

September

Oktober

November

Ini baru permulaan. Mari teliti senarai tugas saya tahun hadapan.

Jawatankuasa sistem siaraya dan jurufoto
Setiausaha kokurikulum
Penyelaras kursus kepimpinan kokurikulum
Guru anti dadah (PPDa/ ADIUB)
Jawatankuasa pengurusan papan kenyataan kokurikulum
Pengurus belian koperasi
Guru penasihat kadet bomba
Guru penasihat kelab catur
Guru penasihat kelan koperasi
Guru penasihat rumah hijau
Guru tingkatan 2E

Saya digugurkan dari jawatankuasa MSSD, mungkin kerana tugas sebagai setiausaha kokurikulum. Kalau dilihat, mungkin tidak banyak. Tetapi percayalah, kebarangkalian tugasan sebagai setiausaha kokurikulum sudah mampu membuat saya pengsan setengah hari.

Yang terakam di dalam planner saya cuma aktiviti yang sudah dirangka. Itu belum lagi aktiviti tambahan, projek DIE! dan bulan anti dadah, bulan bahasa, bulan bahasa, bulan kemerdekaan.

Pening.

Saya kuat. Saya perlu.

Friday, December 30, 2011

Rakaman Momen Personal 2011

Kalau entri sebelum ini saya memaparkan 12 gambar yang saya rakamkan, kali ini saya memaparkan gambar saya yang dirakam oleh orang lain. Sebahagiannya adalah gambar kandid, saya cuma tahu bila ia tersiar di Facebook dan saya ditanda berada di dalam gambar tersebut.

Ketika MSSD Daerah. Sungguh out of place. Pakai baju Kodi. Kandid.

Hari guru 2011. Sekali lagi, pakai baju yang tak kena tempat. Baju 5 tahun Sol-Jah. Gambar dirakam oleh salah seorang pelajar.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bersama mentor saya. Sungguh tak sangka ada yang rakam dalam sesak ramai orang di ruangan Sofa Putih ITNM. Kandid.

Pementasan Warisan. Nampak sungguh muka risaunya tu. Paling kelakar, selesai pementasan dan rakaman, GPK 1 tolong betulkan tripod. Rupanya boleh tinggi lagi. Hi hi. Kandid.

Bersama awek baru kesayangan Nini Marini ketika MASKARA Shorties. Tak sangka, bermula dengan perkenalan di Twitter, kami jadi baik. Gambar dirakam oleh Ismail Othman.

Ah, saya teringin mengulang pakai seragam sekolah lagi! Ketika pementasan Snow White and The Seven Dwarfs, saya memaksa krew supaya tidak memakai seragam sekolah kerana saya ingin membuat kejutan. Nyata, ramai yang terkejut dan bersorak selepas itu. Dasar cikgu suka cari publisiti. Hi hi. Gambar dirakam oleh pelajar.

Bertemu cinta hati pengarang jantung selepas 3 tahun lebih tidak bersua. Ketika bersms, mereka panggil saya 'kakak', dulu panggil 'mak', 'mama', 'ibu'. Bila bertentang mata, panggil teacher. Hi hi. Sayang anak-anak saya. Gambar dirakam Achik, salah seorang pelajar.

Selamat menyambut tahun baru Masihi 2012!

Thursday, December 29, 2011

Rakaman 12 Momen 2011

Gua malas nak update. Tapi gua janji dengan diri sendiri kena buat juga entri ni. Sebab suka hati gualah. Ini, 12 momen yang gua rakamkan sendiri. Baik pakai kamera digital, mahu pun telefon genggam yang dua jenis itu. Gua susun ikut bulan.

Januari
Budak kena kahwin paksa. Sebab tu masam aje mukanya. Tapi kat sebelah takde pasangan. Hi hi.

Februari
Gua syak masa ni ada acara merentas desa. Macam biasa gua suka-suka ja rakam gambar dan muat naik ke Facebook. Budak-budak ni mana boleh bawa kamera digital. Tapi yang bawa telefon genggam, ramai.

Mac
Sebahagian koleksi novel gua. Yang banyaknya novel Ramlee Awang Murshid dan Faisal Tehrani. Buku rujukan dan latihan gua letak di rak dalam bilik.

April
Gua tak sangka gua dapat rakam momen ni sebenarnya. Dua orang anak kembar cikgu sekolah aku. Si adik (kanan) suka cubit kakaknya (kiri), bila si kakak tak perasan. Tapi kakak steady tak nangis. Tabik.

Mei
Bukan budak-budak je yang buat perangai macam ni. Cikgu pun sama gak. Ni masa hari biru, eh, hari guru atau hari-cikgu-dapat-hadiah-dari-kedai-2-ringgit. Lu syak kasut gua yang mana satu?

Jun
Gua dating kat Mekdi dengan dua pakwe atlet sekolah. Jambu dan HJ. Dekat 3 jam gua kena buat-buat steady supaya gelak gua tak barai. Maklumlah, gua dapat anugerah guru paling popular kat sekolah. Gua kena kontrol cun (keji!).

Julai
Welkam anak kelinci! Macam biasa anak kakak gua mesti terlebih dari tarikh yang ditetapkan untuk lahir. Sedap sangat duduk dapat perut ibu, ya adik?

Ogos
Gengster kuih raya. Anak rimau pandai attack kuih raya yang dia boleh makan. Sudahnya gua dan ibu dia sorok balang kuih belakang tv.

September
Pertama kalinya sketsa yang gua tulis dan arahkan sendiri dipentaskan di khalayak. Gua steady, tapi gabra lutut juga. Kalau lu pandai, cuba cari kat mana yang salah kat clapper board ni. Nanti gua bagi clap-clap-clap.

Oktober
Gua merayau dekat Amcorp Mall, tempat feveret gua hujung minggu sebab ada flea market. Gua syak Transformers dan Spider Man ni dah penat mengekor awek mengukur kedai di Amcorp.

November
Gua pentaskan sketsa kedua di wakaf ni. Gua buat cerita Snow White, jadi gua nak ambil feel. Ada pokok-pokok, cahaya matahari, angin, pondok, tangga. Kalau kat dalam dewan semuanya kaku. Ada tempat, jadi gua explore. (sebenarnya gua rasa macam feel Maskara. Ha ha.)

Disember
Gua ngedate dengan ex boyfies dan aweks gua 3 tahun lepas. Selama mana gua dah bekerja, selama itulah gua tak jumpa mereka. Gua kangen bangat sama mereka. Tapi yang paling best, gua kena payung mereka masa hari tu.

Dah. Gua stop dulu. Lepas ni ada entri bergambar lagi.

Monday, December 26, 2011

Projek Master Saya

Hampir sebulan blog ini tidak dikemaskini. Walaupun saya dikategorikan bercuti panjang, kira-kira enam minggu, sebenarnya saya rasa saya tidak bercuti. Bezanya saya tidak perlu bangun seawal 5 pagi, bersiap dan ke sekolah. Kerja saya tidak pernah habis walaupun sekolah bercuti.

Cita-cita itu tidak pernah padam. Kalau entri sebelum ini dibaca, anda pasti perasan yang saya sebenarnya berhajat menyambung pelajaran ke peringkat Master. Saya cemburu. Cemburu dengan kawan kawan seangkatan yang sudah menyambung pelajaran dan ada yang sudah bergraduat. Dan mereka semua sudah berkahwin. Saya?

Bagi memujuk diri sendiri, saya katakan mungkin satu hari nanti saya akan menyambung pelajaran semula. Bila? Tidak tahu. Mungkin saya perlu mengumpul lebih banyak pengalaman di lapangan (mengajar) sebelum menyambung pelajaran. Mungkin juga perkara itu tidak langsung akan terjadi juga (sangat pesimis!).

Tetapi saya kira saya sudah ada 'Projek Master' saya sendiri sepanjang tahun ini.

Projek Master 1
Sketsa Warisan

Di pentaskan (walaupun tidak ada pentas sebenar) ketika sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah. Satu kelainan tahun ini, mungkin juga berbanding 5 tahun lepas. Diberi kepercayaan untuk membentuk kumpulan sendiri, sekurang kurangnya saya berbangga dengan hasil kerja saya yang pertama. Anak anak ini bermula dari sifar. Saya menulis skrip, memilih, mengedit lagu (editing pertama saya buat, editing kedua pelajar buat), melatih pelajar. Persembahan mereka juga cukup bagus bagi mereka yang tidak pernah/ sudah lama tidak berlakon.

Projek Master 2
Buku Gangguan

Buku pertama mengandungi tulisan saya yang diterbitkan secara bercetak. Sekurang kurangnya kawan kawan saya yang lain tidak ada yang membuat begini. (Nilai tambah untuk diri sendiri ^_^)


Sempat juga saya menyelit agenda makan makan indie- jamuan raya ala pot luck kelas. Projek haram kerana TIDAK dimaklumkan kepada pihak pentadbiran dan semestinya tidak mendapat kebenaran! Yang lebih ekstrim, saya cuma hadir ke jamuan ketika tetamu sudah habis pulang. Saya tukang kemas dengan anak anak yang masih tinggal.

Projek Master 3
DIE! Project

Projek drama tahunan saya masuk tahun kedua. Sudah ada peningkatan berbanding tahun lepas. Dipentaskan di dewan sekolah (tahun lepas dewan dalam proses baik pulih) dan anak-anak mendapat sijil penghargaan. Masih didanai diri sendiri, InsyaAllah tahun hadapan akan mendapat dana dari bahagian Ko Kurikulum. Seperti kata Tok (pencetus idea projek ini), sekurang kurangnya pihak sekolah sudah buka mata pada usaha saya.

Projek Master 4

FYP (Final Year Project)- Snow White and the Seven Dwarfs

Walaupun saya bagi tahu jiran sebelah meja di bilik guru, cukup-cukuplah saya berdrama tahun ini, tetapi semangat berpentas terlalu menggila. Juga pujukan dari anak yang terlibat dengan DIE! Project, maka terhasillah FYP. Didanai bahagian Ko Kurikulum (RM 30 ringgit sahaja ya) dan mendapat pertolongan salah seorang pembantu makmal sekolah saya. Terima kasih abang Zaidie. Sambutan saya kira cukup hangat dan di luar dari kebiasaan kerana saya memilih untuk mementaskannya di wakaf yang terletak antara blok kelas. Penonton duduk di depan pentas, 'menebeng' di luar kaki lima kelas dan menjenguk dari tingkap. Memang itu imej yang tergambar di minda saya ketika memilih tempat itu.


Projek Master 5
Modul untuk proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) tahun depan. Saya menganggarkan tahun depan saya akan lebih sibuk. Keluar waktu P&P atas tugas rasmi (taklimat/ kursus/ mesyuarat) adalah perkara biasa. Tidak masuk lagi cuti rehat khas (CRK) dan cuti sakit (MC). Prinsip saya, saya tidak akan tinggalkan anak-anak tanpa tugas, walaupun cuma untuk menyalin nota atau contoh karangan. Bunyinya macam zalim, tapi saya dibayar gaji untuk mengajar mereka. Saya tidak mahu anak anak mengalami apa yang saya alami ketika bersekolah dahulu. Sangat memeritkan bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam.
Juga modul saya sudah dikongsi dengan dua orang guru dari sekolah lain. Modul saya sememangnya tidak lengkap, tidak sempurna. Tetapi saya harap ia dapat membantu mereka.

Projek Master 6
Jualan buku di koperasi

Saya belajar untuk jadi bos. Cikgu senior sibuk menelefon saya sepanjang dua minggu lalu berkenaan dengan hal ini. Sejujurnya saya agak tertekan sebab saya masih baru (kira-kira 3 tahun), tetapi saya perlu menguruskan hal ini. Tetapi saya tidak boleh menyalahkan mereka kerana mereka sedang 'berperang' untuk menghantar markah kertas peperiksaan awam yang mereka tanda. Ini mungkin latihan untuk diri sendiri andai satu hari nanti mereka berpindah sekolah. Saya juga yang kena bukan?

Ini entri balas dendam, mungkin. Sebab panjang.

Tetapi projek master saya yang utama, yang telah ditulis untuk saya adalah untuk berbakti kepada Ayah dan abang saya. Sebelum saya menjadi seorang pelajar, sebelum saya menjadi seorang guru, saya adalah hamba kepadaNya, anak kepada seorang ayah dan adik kepada seorang abang.

Family first. Tak gitu?

Sunday, November 27, 2011

Dilema

Sebenarnya aku nak menaip entri berkenaan projek yang menyebabkan aku sibuk hampir 3 bulan. Dalam masa 3 bulan itu jugalah, hampir setiap hari aku berada di sekolah sehingga jam 5 petang. Tapi memandangkan aku lupa bayar bil internet, maka tak dapatlah aku online menggunakan komputer riba. Sila umpat aku sebab tak reti nak sambungkan internet handphone dengan komputer. (LTS ada ajar dulu, tapi aku tak ingat caranya. Mamat tu kalau bercakap memang laju.)

Sebenarnya awal tahun ini aku merancang untuk sambung belajar. Cita-cita sudah lama ada, tetapi aku merasakan sekaranglah masa yang lebih sesuai. Sebabnya, aku sudah ada sedikit pengalaman berada di sekolah. Berhadapan dengan pelajar, urusan pentadbiran, berjumpa dengan ibu bapa dan lain-lain perkara yang sebenarnya kalau ikut logik akal, bukan tugas cikgu.

Tetapi rancangan Tuhan di luar jangkaan aku. Keadaan Ayah dan Incik Bulat membuatkan aku sungguh tak akan mampu untuk menyambung pelajaran. Ada sedikit cemburu dan kecewa. Cemburu pada kawan yang sudah memulakan pengajian dan ada yang sudah bergraduat tahun ini. Kecewa kerana rancangan aku tidak kesampaian. Benar kata kawan kesayangan aku, aku takkan mampu melakukannya tahun ini. Komen dia bukan untuk melemahkan aku. Tetapi dia menganalisis situasi aku sebelum memberi komen.

Sudahnya, kerana kecewa berganda (mungkin lebih kecewa kerana putus cinta), aku habiskan banyak masa di sekolah. Melatih anak-anak berlakon. Aku salurkan kekecewaan dengan menyibukkan diri. Hasilnya tidaklah begitu mengecewakan. Bahkan bila aku beritahu kawan baik tentang projek drama/ sketa dan pertandingan sketsa yang aku buat, dia mengesyorkan aku menjadikannya projek sekiranya aku menyambung pelajaran nanti. Persoalannya, diterimakah?

Kalau di ikutkan kecenderungan, aku lebih menjurus ke arah sastera. Tetapi pasaran mungkin kurang. Berapa banyak sekolah di Malaysia yang menawarkan subjek English Literature untuk dipelajari untuk SPM? Yang lebih realistik, menyambung dalam bidang pendidikan juga.

Mungkin impian itu terpaksa dipendam untuk beberapa tahun lagi. Lagi pun, tahun depan sudah semestinya aku sibuk dengan jawatan baru- Setiausaha Ko Kurikulum. Runsing, kalau ada yang akan cakap belakang kerana aku masih baru lagi. Bahkan, mengikut cakap-cakap, jawatan itu sebenarnya disandang oleh guru DG44. Aku? Harap maklum, masih tak sah jawatan lagi walaupun sudah berkhidmat selama 3 tahun 4 bulan. Sila gelak, sebab aku malas mahu bergaduh dengan kerani di pejabat untuk menguruskan pengesahan jawatan aku.

Ini entri emo. Sebab aku tak ada lawan bergaduh kerana sekarang cuti sekolah. Kalau tak cuti, aku boleh berperang dengan anak- anak ^_^

Wednesday, November 23, 2011

Hibernasi

Aku sibuk sangat dengan dunia aku. Kerjaya, keluarga dan diri sendiri.

Konon dulu beli telefon canggih lagi rajin update blog, tapi haramlah. Kejap-kejap jengah Twitter. Jangan kesali.

Okbai!

Wednesday, October 19, 2011

Perjalanan Paling Jauh

Ke mana perjalanan paling jauh anda pernah tempuhi? Dari utara ke selatan? Dari semenanjung ke Malaysia timur? Ke luar negara? (dari JB ke Singapura tidak di ambil kira ya) Kadangkala, perjalanan itu sebenarnya perjalanan yang biasa lalui. Tetapi kerana hal tertentu, perjalanan itu terasa amat jauh.

Dan sepanjang saya hidup, baru dua kali saya menghadapinya. Pertama ketika emak pergi.
Kota Tinggi-Johor Bahru-Segamat. Perjalanan sepatutnya sekitar 4 jam sahaja. Tetapi pada saat itu, rasanya perjalanan itu mengambil masa separuh hari.

Kedua, ketika Incik Bulat diserang asma. Ketika itu saya yang memandu. Lawatan ke hospital adalah perkara biasa, tak sampai 20 minit pun perjalanan (dicampur masa menunggu di lampu isyarat). Tetapi hari itu, terasa pemanduan melebihi sejam perjalanan. Runsing. Itu yang menyebabkan kita terasa masa bergerak begitu perlahan, kan?

Perjalanan paling jauh anda?

Tuesday, October 18, 2011

Tips Putus Cinta

Saya jarang mendengar radio ketika ke tempat kerja. Entah kenapa, 2 3 hari ini teringin pula. Dan pagi ini, ketika mahu turun, terdengar tips putus cinta. Menarik...

Katanya bagi perempuan, kalau mahu menangis semahunya silakan. Jika ia membantu. Tapi maaf, perkara itu tidak terjadi kepada say a. Menangis tak sampai seminiy, air mata dah kering. Puncanya?

Seorang kawan saya putus cinta hampir 2 tahun lalu dan merana hingga berbulan-bulan. Kebetulan hujung tahun lepas saya keluar dengan dia. Kami bertukar cerita dan saya memberitahu bahawa emak say sudah tiada. Dia terdiam kemudian membalas. "I thought my problem is bad, yours is even worst."

Kalau saya masih kuat ketika emak pergi, putus cinta adalah hal yang lebih kecil. Putus cinta menjadikan saya lebih kuat bekerja (saya tak salahkan awak. ini cara saya). Bahkan, rasanya tidak ada beza hubungan kami ketika bercinta dan selepas putus cinta. Kami masih berbual di atas talian, panggilan telefon sekali sekala dan pesanan ringkas. Kami masih berbincang hal-hal serius dan mengarut. Dan lebih penting, sokongan moral darinya masih tidak berubah. Saya tak terasa rugi apa-apa.

Kesimpulannya, saya okay selepas putus cinta. Walaupun kadang-kadang bengong juga! Hi hi.

Monday, October 17, 2011

Mod Hibernasi

Sungguh, dah lama tak update blog kerana sibuk dan menyibukan diri dengan kerja. Kerja dah banyak, tetapi sengaja beban itu ditambah. Sengaja mengainaya diri.

Lepas projek Warisan, sibuk dengan DIE! Project tahun kedua. Ada penambahbaikan, tapi masih didanai diri sendiri. Mungkin tahun depan boleh dapat dua dana. Dana panitia dan dana ko kurikulum. Masih dalam skala yang sama. Aku tak mahu nanti ada pelajar salahguna nama aku dan jaja aku suruh berlakon. Padahal aku tak suruh pun (dah jadi kes pun minggu lepas).

Sibuk dengan peperiksaan akhir tahun minggu ini, ada juga spekulasi aku nak buat kelas tambahan kerana baik dengan adik AJ. Macsm-macam budak ni. Jadi cikgu pun tak lepas dari gosip. Projek drama akhir tahun akan berjalan selepas peperiksaan akhir tahun. Harapnya baik-baik sajalah. Kali ini aku ambil muka baru. Beri mereka peluang ke depan pula.

Niat di hati nak sertai Projek Lawan-Lawan, tapi bahan pun tak kumpul lagi. Haish. Harap-harap sempatlah menghantar penyertaan sebelum cukup 20 orang (sekarang dah 15 orang wei!). Dapat tak dapat belaktlaang kira, janji mencuba. Bak kata Tok dulu, "you got nothing to lose if you try". Iyo lah tu Tok. Saya cuba lagi kali ni ye... (kalau sempatlah)

Monday, September 26, 2011

"Kita masih berkawan"
"Tidak. Kita masih berkasih."

Perbualan Adila dan Nasir.

Senator Adila, Khadijah Hashim

Friday, September 23, 2011

Tetapan Nada

Aku baru terperasan beberapa hari lepas ketika menjemur kain.
Nada dering umum- Sepertinya
Nada dering untuk ahli keluarga- Lelaki
Nada dering untuk 'tupperware'- Over

Okay, jujurnya aku sedang gilakn lagu-lagu Fynn Jamal. Tak pernah dengar? Okay, pergi ke Youtube taip sahaja nam dia. Macam-macam lagu kau akan jumpa. Yang aku gunakan ni, lagu yang aku minatlah.


notakeyboard qwerty: ni percubaan pertama menaip entri dari telefon baru ;-)

Thursday, September 15, 2011

Manipulasi

Semalam aku bayar semua bil yang ada. Tak mahu tertunggak. Habis bayar bil telefon bimbit, aku capai 2 risalah Samsung yang baru. Oh, ada Galaxy Tab 10.1 rupanya.

Malamnya sambil menonton berita, aku belek risalah yang aku capai petang tadi. Aku mengantuk dan menyorongkan bantal. Dah sorong bantal (kusyen sebenarnya), aku tertidur. Sedar-sedar, Ayah kejut aku suruh tidur dalam bilik. Sambil itu, sempat lagi Ayah bertanya,

"Tu (merujuk kepada risalah), ambil tu nak beli ke?"

Dalam separuh mamai, aku mencari cermin mata dan menjawab.

"Taklah, Lily nak beli untuk suaminya. Hari jadi suami dia bulan ni."

Dua, tiga kali jugalah aku terpaksa ulang jawapan tu kerana aku separuh mumbling. Rupanya dalam keadaan mamai, aku masih boleh berfikir secara logik. Ha ha.

Dan jawapan aku sebenarnya separuh sahaja betul.

Aku memang berkira-kira untuk membeli telefon baru, tapi masih tidak pasti. Aku cuba iPhone4, Blackberry dan terbaru Samsung (yang mana satu ya?). Tapi bila Ayah bertanya soalan itu malam tadi, aku jadi tak pasti mahu membelinya pula. Aiyo, macam mana ni?

notakeyboard: aku dan Lily teruja dengan promo ini sebenarnya. Dan sebenarnya memang hari jadi suaminya hujung bulan ini ^___^

Saturday, September 10, 2011

Dokumentasi Warisan

Pandangan atas
Pandangan depan
Pandangan sisi (1)
Pandangan sisi (2). La... hak kerajaan rupanya. Aku nak beli sendiri jangan haraplah.
Jika ada yang menjadi kawan aku di Facebook atau mengikuti aku di Twitter, pasti perasan tentang status/ twit aku berkaitan dengan Warisan. Warisan sebenarnya adalah projek sketsa kedua aku. (kalau perasan, sketsa pertama tahun lepas sekitar bulan 7) Skrip aku buat sendiri.

Lepas habis sketsa, aku malas nak layan komen-komen negatif dari penonton. Kasilah aku rehat kejap, dah dekat sebulan aku kerjakan projek ni. Selaku orang yang tamak, aku uruskan sendiri. Handycam aku pinjam dengan sekolah. Tripod pinjam dari cikgu lain. 2 minggu lagi aku akan rakam projek DIE dengan anak-anak 1 Execl pula.

AJ kata dia akan rindu aku dan projek Warisan ini. Walaupun kami dalam sekolah yang sama, bukan hari-hari aku jumpa dia. Nasib baik 2 minggu sahaja sela masa Warisan den projek DIE aku. Kalau tak aku pun mungkin akan weng sedikit. Tapi aku tak lupa, sebenarnya aku pun perlukan rehat juga!

Dari kiri (berdiri):
Zarina (kecil), Makcik baca Yassin (2), Azizah, Pencerita, Makcik baca Yassin (1), Zarina (besar), Pegawai Tentera dan Zainal (kecil).
(duduk)
Kapten Aziz dan Zainal (besar).

Tiada dalam gambar
Kawan Zarina dan Zainal (kecil)

Nasib baik aku tak buang clapper board aku tadi. Ha ha.

Thursday, September 08, 2011

Riang Ria Raya

Model kuih raya.

Pengganas kuih raya.

Imam Muda pagi raya.

Rama-rama kecil hari raya.

Wednesday, September 07, 2011

3

"Baiknya hati u."

"Samada i baik hati, atau i sebenarnya bodoh sangat"

"Entah u ni. U kena la jaga2."

Mungkin sebenarnya aku adalah kombinasi keduanya. Baik hati dan bodoh.

Lurus.

I never pray bad things will happen to you. Loving you means not being able to be yours






forever.

Wednesday, August 31, 2011

Terganggu Dek GANGGUAN

Update: Secara rasminya Gangguan sudah berada di tangan gua.

(klik gambar untuk visual yang lebih jelas)

Cakap banyak tak guna. Nak taip banyak pun malas. Cuma gua nak bagi tau, Gangguan dah siap dan akan dihantar ke penulisnya dalam masa terdekat. Awal-awal gua malas nak promo, sebab selagi tak ada kat tangan gua tak berani (ini bukan kes tak caya dengan Sindiket Sol-Jah, bukan). Tapi pasal gua sendiri rasa insecure kot.

Kalau nak beli dari gua, ini caranya:
(gua cilok dari blog FikriKacak, sendiri malas taip)

Kalau berminat nak tempah, boleh tinggalkan nama dan emel di ruangan komen.

Harga cuma :
RM15 (kalau ambil sendiri).
RM20 (kalau hantar guna poslaju).

Cara-cara :
1.) Sila bank in sejumlah bayaran ke dalam akaun.

2.) Sila emel gua gambar bank in slip (jika guna CDM) atau letakkan "msay_5@yahoo.com" sebagai rujukan jika guna perbankkan internet.
Maybank : 1510 5206 8139 (Nurul Ain Binti Kamarudin)
CIMB : 0102 5023539 524 (Nurul Ain Binti Kamarudin)

3.) Sila emel kepada: msay_5@yahoo.com dengan tajuk "Berikan Gua Gangguan Sebelum Gua Menggangu Lu!" dan letakkan butiran berikut :

i. Nama penuh
ii. Alamat surat menyurat - Alamat hostel tidak digalakkan.
iii. No.handphone

Buku lu akan dihantar sebaik sahaja gua terima dari penerbit.
(Kalau lambat sikit jangan marah gua)

Setakat ni yang dah pesan dari gua (ada yang dah bayar, ada yang belum lagi) adalah:
1. Gua sendiri- settle
2. Amir Aiman- settle
3. Nabila- settle
4. Norzana- settle
5. Norashikin- settle
6. Musfirah-settle
7. Ecah- settle
8. Neq
9. Lim Tow Suan- settle
10. Kamarul- settle
11. Ismaliza- settle
12. Lily-settle
13. Ida Rohayu- settle
14. Raihan Aan- settle
15. Rosziah-settle
16. Norfaizah
17. Zara
18. Acher Md Som- settle
19. Jenggo- settle
20. Sue Hafiza

Buku banyak lagi (1o buah lagi), tapi kalau tak tempah sekarang lu rugi. Buku rare tak diulang cetak. Penerbit lak Sindiket Sol-Jah (penerbit buku indie lagi rare yang berkualiti).

Senang cerita,
LU TAK BELI LU KODI.

Sebab-sebab yang menyebabkan lu patut beli Gangguan.
Alasan Fikri Kacak
Alasan Syuq Kringet

notakeyboard: tandatangan adalah atas permintaan. Kalau tak nyatakan, gua tak tandatangan (bukan gua sombong, tapi gua tau ada orang tak suka buku kena conteng).

Sunday, August 28, 2011

Sepasang Kurung Biru

Satu satunya lagu raya kegemaran saya. Bila difikir-fikirkan semula, baju kurung terakhir yang saya jahit untuk arwah emak berwarna biru. Sebetulnya, baju itu tidak pernah siap. Tersadai dalam bakul. Tinggal menebuk leher, menyiapkan kemasan leher, mengelim hujung lengan dan badan, dan menjahit cangkuk pada kain. Baju itu tidak siap kerana saya sudah mula sibuk menjalani latihan praktikal.

Sejujurnya, itulah baju terakhir yang saya jahit. Sejak emak pergi, saya tiada hati ingin menjahit baju kurung lengkap. Sekadar menjahit kain yang koyak, menampal seluar Ayah, memotong jubah yang labuh dan menjahit manik.

Tapi setiap kali raya, lagu itu juga yang saya dengar. Tak mengapalah, saya selesa hidup begitu.

Harapnya raya kali ini ada yang baik untuk kami sekeluarga.
ay yusof, pak yusof, bulat, ms tepung, incik kacang senyum, apam balik kacang dan anak kelinci

Salam Aidilfitri 1432H.

Thursday, August 25, 2011

Hajat

Aku mahu rumah baru.

Aku mahu hias rumah cara Jepun
(sebidang tikar dan meja rendah sahaja).

Aku mahu sebuah Pajero
(dikeji guru Bahasa Inggeris Tingkatan 3- kau pendek).

Aku mahu sambung Master.

Aku mahu tas tangan Birkin Hermes.

Aku mahu seutas rantai Mikimoto.

Aku mahu Blackberry atau iPhone
(tapi aku ada Nokia X3).

Aku mahu macam-macam.

Tapi aku juga mahu umur yang berkat,
tubuh yang sihat.

Agar aku dapat berbakti,
agar aku dapat terus memberi.

Selamat pendek umur.

Sunday, August 21, 2011

Perlu Yang Baru

Sebenarnya nak letak tajuk 'Entri Baru', tapi bunyinya sangat cliche. Setiap kali buat entri- taip dan siarkan mestilah entri baru, kan? Takkan selamanya nak letak tajuk 'Entri Baru'?

Dah melalut pula. (bukan selalu buat kat sini) Sebenarnya ada beberapa entri yang hendak ditaip dan disiarkan, tetapi... (mod sedih) semuanya terpadam sekali gus! Sebabnya, semua entri itu ditaip dan disimpan dalam notes handphone. Bila terlintas idea di kepala dan tak ada pen atau pensil dan kertas, biasanya handphone akan menjadi mangsa.

Ini menyebabkan saya meyakinkan diri sendiri untuk membeli handphone baru walaupun handphone sekarang masih lagi baik. Walaupun kadang-kadang weng sedikit. Adatlah, pakai telefon slide, lepas setahun masalah mula muncul.

Alasan kedua, sebab saya sudah mula rasa sukar untuk menaip di papan kekunci handphone sedia ada (baca: jari saya mungkin sudah mengembang! Takkan papan kekunci tu makin mengecil pula). Tetapi untuk jari saya mengembang adalah perkara yang tidak logik juga. Takkan jari saja yang mengembang, kot?

Alasan ketiga. Saya gila menggunakan internet dengan handphone sedia ada. Handphone tak canggih, tapi main internet, haruslah bil melambung, kan? Lagi tertekan atau sunyi, lagilah rajin saya berinternet.

Alasan keempat. Nak mengelakkan diri dari membaca sms yang diberikan oleh ex. Okay, bunyi sangat pathetic. Nak buat macam mana, dah memang itu perangai saya. I live with dreams. Walaupun mimpi itu menyakitkan.

Alasan lain? Belum fikir lagi.

notakeyboard: Saya mahu semula idea saya yang berkaitan tentang mimpi. Sebab ia berkait secara tidak langsung dengan mimpi ini.

Thursday, August 18, 2011

Obsesi Rama-Rama

Sebenarnya bukan rimau saja yang aku suka, rama-rama juga. Kenapa? Sebab sifatnya yang flighty. Ini kes mudah sangat terpengaruh dengan bahan bacaan la. Masa undergrad, kena belajar teks A Streetcar Named Desire. Jenuh fikir masa tu, macam mana nak sebut nama Blanche du Bois. Kalau nak tau apa kaitan rama-rama dengan teks tu, pergi tanya Incik Gugel. Hi hi.

Koleksi terawal. Ada lagi satu, warna kelabu. Tapi sayang, dah hilang 2 tahun lepas T___T
Keronsang ni jadi inspirasi untuk jahitan manik di baju. Jadi pengapit, pengantin dah kena 'ikat' aku masih bebas ^___^

Sikit punya gabak. Cara nak pakai... tengok gambar kat bawah.

Ni kes guru terlampau. Ha ha.
Tiga serangkai koleksi terbaru.

Setakat ini, ini je yang aku ada. Pasti bertambah lagi, macam koleksi rimau aku.

Bye!