Tuesday, November 03, 2009

Khabarkan

*
Sebenarnya saya merancang untuk menulis tentang kereta DatSun. Tapi bila melihat rating blog saya di Nuffnang hari ini, saya rasa terpanggil untuk menulis tentang perkhabaran lain.
*
Hari ini dalam sejarah, rating blog saya tiba- tiba mencanak naik. Bermula pukul 12 tengah malam tadi sehingga jam 8 malam, secara bersihnya blog saya telah dilawati seramai 63 orang. Harus saya mengakui, saya terkejut. Tetapi apabila saya melihat kata kunci (keyword) yang ditaip oleh pembaca blog ini, saya faham kenapa rating blog saya naik mendadak.
Ya, Akhi Faisal telah bernikah. Jika anda taip mana- mana kata kunci di atas, anda akan mendapati bahawa blog saya berada pada kedudukan yang kedua.
*
Kepada yang melawat blog saya kerana perkara ini, harap maaf. Gambar- gambar yang diletakkan telah diedit. Sila hormati privasi FT. Kita sama- sama doakan yang terbaik untuk pernikahan beliau. Harapnya, perkahwinan ini dapat meransang beliau untuk menulis dengan lebih lagi dari segala aspek. Moga dengan perkahwinan ini juga dapat melahirkan generasi penulis yang kritis seperti beliau.
*
Pada yang kecewa, harap bersabar ya. Mungkin ini masa yang sesuai untuk anda berfikir semula, adakah anda membaca teks- teks FT kerana meminati beliau, atau kerana kagum dengan idea dan cara beliau menyampaikan idea tersebut.
*
Selamat Pengantin Baru Akhi Faisal dan Asma'.
Doakan jodoh untuk saya juga ya!

No comments: