Tuesday, November 27, 2007

Anda belum matang sekiranya…

Menghabiskan nilai kad telefon pra-bayar untuk berbual dengan ‘kekasih’ sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibu bapa.
Rela menunggu berjam-jam, dalam hujan pula, untuk melihat gadis yang and ‘cintai’ melintas jalan sedangkan anda solat secara ekspress (kurang 2 minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung!
Memarahi bahkan sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki-hamun atau dihina oleh wanita yang anda minati.
Sanggup membaca noval cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca al-Quran walaupun satu muka surat setahun!
Asyik tekenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenang pun wajah ibu yang telah berbulan-bulan anda tidak temui.
Susah hati sekiranya tidak mendapat surat, e-mail atau SMS daripada orang yang anda cintai sebaliknya anda tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirim berita, menelefon atau memberi SMS kepada bapa anda di kampung.
Memakai pakaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai singlet atau tidak berbaju langsung ketika solat.
Lebih banyak mengucapkan kalimah ‘I Love You’ berbanding kalimah zikir separti: Subhanallah, Alhamdullilah dan Allah hu Akbar!

Anda Telah Sedia Untuk Bercouple Jika…

Anda telah sedia untuk bercouple jika...
Niat anda memang untuk berkahwin dengan ‘si dia’ demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...
Niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronk-seronok demi melayani kehendak nafsu dan perasaan semata-mata.

Anda telah sedia untuk bercouple jika...
Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat sunyi, berpegangan tangan dan melakukan tindakan- tindakan yang membawa kepada ‘muqaddimah’ zina.
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...
Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan- perbuatan negatif seperti berpeganan tangan , menyentuh dan dot-dot...

Anda telah sedia untuk bercouple jika...
Sudah ‘lepas’ ilmu fardhu Ain dan mempunyaui tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda. Atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap.
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...
Masih kandas ilmu fardhu Ain. Mengaji Quran pun lintang pukang dan punyai masalah besar dalam pelajaran. Atau anda adalah penganggur yang masih lagi tercari-ari pekerjaan.

Anda telah sedia untuk bercouple jika...
Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya untuk menjadi muslim dalam ertikata yang sebenar.
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...
Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih, solat jarang-jarang, puasa kadang-kadang... aduhai!


Dipetik dari Tentang Cinta tulisan Pahrol Mohd Juoi, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Manusia dan Kucing

Beberapa hari yang lalu ketika aku memasak di dapur, Mak Itam mengacauku..
"Meow..Meow.."
Isk, kang ku ketuk Mak Itam ni kang..Mak Itam itu sebenarnya adalah seekor kucing yang tinggal liar di sekitar kawasan perumahan ku ini..
Tiba-tiba ayah ku datang dan berkata.
"Tu la kucing, bila dah biasa dengan kita, dia akan datang lagi."
I was puzzled.
"Manusia pun kadang-kadang macam kucing jugak..bila dia dah baik dengan kita, macam macamla dia mengendeng. Pinjam duit la, buat rete sendiri la..."
Oho..part yang tu rupanya manusia sama dengan kucing...Tapi betul jugak kan?
Think about it...